Popular Posts

Tuesday, January 31, 2012

Tak salah pun..

Jika ditanya, siapa yang selesa berkawan dengan orang yang jujur, pastinya memang ramai yang mengakui bahawa selesa dan suka berkawan dengan orang yang jujur. samalah juga jika ditanya kepada perompak, mereka juga suka berkawan dengan orang yang jujur. lihat, orang yang tidak jujur pun suka dan selesa berkawan dengan orang yang jujur. tapi bila kita tanya pula siapa yang selesa dan suka berkawan dengan orang yang tidak jujur, maka semestinya tiada seorang pun yang mengakuinya. betapa orang yang jujur ini sangat disenangi.
jadi tak salah jadi orang yang jujur, kerana banyak manafaat menjadi orang yang jujur.
mula-mula tu memang susah nak yakinkan orang bahawa kita adalah seorang yang jujur, tapi satu hari mereka akan mengakuinya, sentiasalah bermohon kepada Allah agar dikuatkan hati..
La haulawala kuatailla billa hillaliulazim.....

No comments:

Post a Comment